Kamis, 09 Mei 2013

MUHASABAH DIRI - MENILAI DIRI



Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. 
Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. 

Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya. 

Hadis Rasulullah : "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat" 

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah: 

Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari? 
Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan? 
Apakah Ilmu Allah yang telah disebarkan? 
Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan? 
Bagaimanakah rezeki Allah digunakan? 
Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam? 
Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin? 
Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan senatiasa taat kepada Allah? 
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? 
Apakah diri sudah siap untuk menghadap Allah? 

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka". Jadilah kita yang terbaik di sisi Allah Swt. Berlomba-lombalah untuk selalu mendekatkan diri kepadaNya. Hidup hanya sementara karena akan mati untuk hidup yang lebih panjang. Allah berfirman "takutlah kalian (pada hari kiamat) seseorang tidak bisa membela orang lain sedikitpun, dan tidak diterima syafaat dan tebusan dari padanya dan tidak mereka akan ditolong" (Al-Baqarah : 48) 

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi MENJADI RENUNGAN BAGI KITA BERSAMA. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar